Print this page
Khamis, 05 July 2018 14:47

MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA DAN PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JULAI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

KHAMIS, 5 JULAI 2018 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Julai 2018 telah diadakan pada 5 Julai 2018 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 2/2018.

Majlis dimulakan dengan persembahan nyayian lagu Negaraku, Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian amanat oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Ketua Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru dan mengharapkan semua pelajar memberi tumpuan kepada jurusan masing-masing serta merasmikan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 2/2018.

Pada majlis perhimpunan kali ini telah diadakan acara penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah Khas Pekerja kepada pegawai dan bahagian yang telah memberi sumbangan serta mengharumkan nama jabatan iaitu Pn. Nor Dalilah Bt. Yusoff, Ketua Jabatan Teknologi Elektronik Elektrik dan En. Fakhrurazi B. Mustaffa, Penyelia Asrama bagi bulan Mei manakala En. Shamsul Hafis Bin Noraini, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan dan Pn. Adaniah Bt. Muhamad Radzai, Ketua Bahagian Multimedia Pengarangan bagi bulan Jun.

Read 4980 times
Find us on Facebook
Follow Us