Print this page
Jumaat, 13 July 2018 14:52

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 13 JULAI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Julai 2018 Jam 09.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Majlis ini adalah anjuran bersama Koperasi ( KOOPSI) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar.

Majlis turut diseri dengan kehadiran En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A.Rahman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan  kakitangan serta para pelajar memenuhi ruang dewan.

Pelbagai jenis hidangan telah disajikan kepada para jemputan dengan mengadakan ruang tapak juadah bagi mewakili setiap jabatan dan bahagian serta sesi lawatan ke tapak reka hiasan juadah oleh Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar bagi penilaian yang tercantik sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis sambutan aidilfitri pada kali ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan.

Hadiah telah disampaikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada Pn. Sharimah binti Ahmad, Ketua Bahagian Pentadbiran Dan serta cenderahati bagi pemenang cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari

Read 4517 times
Find us on Facebook
Follow Us