Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 02 August 2018 15:52

MESYUARAT PENYELARASAN MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

mou2018

Bachok, 02 Ogos 2018 - IKTBN Bachok telah mengadakan mesyuarat khas bersama dua syarikat yang dijangka akan menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou)

untuk membolehkan pelajar lepasan Institut ini diserap untuk latihan industri atau terus bekerja selepas selesai latihan.

Dua syarikat yang terlibat adalah Adam Prospek Sdn. Bhd bagi bidang awam (Scaffolding-Tubular) dan Free Will Auto bagi bidang Automotif.Adam Prospek telah diwakili oleh En. Aznan Bin Abdullah dan Pn. Maznah Kartini Bt Mansor manakala Free Will Auto pula diwakili Tn. Hj Adenan Che Weel dan En. Adib.

Banyak perkara yang disentuh di dalam mesyuarat ini terutamanya mengenai prospek kerjaya pelajar dan kebaikan yang akan diperolehi oleh kedua-dua pihak melalui Mou yang akan ditandatangani nanti. Pihak IKTBN Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua syarikat tersebut yang sudi menjalin kerjasama dengan pihak Institut.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 4241 times Last modified on Jumaat, 03 August 2018 09:44
 
Find us on Facebook
Follow Us