Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 02 August 2018 15:55

TEAM ROBOT DAN INOVASI IKTBN BACHOK MELANGKAH KE PERINGKAT 32 TERBAIK DI PERTANDINGAN COMBOT 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

COMBOT2018

Bachok, 02 Ogos 2018 – Tahniah pasukan Robot dan Inovasi IKTBN Bachok kerana berjaya melangkah ke peringkat 32 terbaik

walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan COMBOT 2018 yang telah diadakan pada 28 – 29 Julai 2018 yang lepas.

IKTBN Bachok terus menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun ini apabila 2 robot ciptaan pelajar IKTBN Bachok menyertai Combot 2018 yang telah diadakan di IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan berjaya melangkah ke peringkat 32 terbaik dari 80 pasukan yang bertanding di penyertaan pertama mereka dalam pertandingan ini.Walaupun kedua-dua robot terkandas di pusingan 32 terbaik pengalaman yang diperolehi sepanjang pertandingan berlangsung diharapkan akan dapat membantu mereka untuk lebih maju di masa hadapan.

Semoga pasukan Robot & Inovasi IKTBN Bachok akan terus memperolehi kejayaan di pertandingan yang akan disertai pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 4202 times Last modified on Jumaat, 03 August 2018 09:15
 
Find us on Facebook
Follow Us