Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 10 August 2018 03:36

MOU ANTARA IKBN KUALA PERLIS BERSAMA ASIATECH SCAFFOLD ENG. SDN BHD

Written by
Rate this item
(1 Vote)

mou jitra

Jitra, Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Utara 2018 telah Berjaya dilaksanakan pada 31 Julai 2018. IKBN Jitra menjadi tuan rumah pada kali ini bersama-sama IKTBN B.Mertajam, IKBN Kuala Perlis, IKBN Naka dan IKBN Seri Iskandar. Program Gerbang Kerjaya ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Pn. Zakiah binti Mat Jali; Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan BPKB. Turut hadir adalah En. Kumaran Nadaraja; Pengarah Cawangan Strategik dan Kreatif, En. Shahrizwan Effendi bin Hashmi; Penolong Pengarah Kanan 1, Cawangan Kerjasama & Strategik, En. Norzaidi bin Mohd Radzi; Penolong Pegawai Latihan Kanan 1, Cawangan Perancangan dan Pengurusan Prestasi, En. Mohd Rizwan bin Abdul Rahim; Penolong Pegawai Latihan, Cawangan Kerjasama Strategik&Kreatif. Semua Pengarah ILKBS Zon Utara turut hadir menyerikan program ini. Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil industri yang terdiri daripada Pn. RosdzitaArifin (Pengurus Syarikat Rosdzita binti Arifin), En. Hamzah bin Sharif (Pengarah Urusan Asiatech Scaffold Engineering Sdn.Bhd.), En. Azman bin Hassan (JMF Bistari Enterprise), En. Tan Seow Heong (Pristine Glory Sdn.Bhd), En. Goh Boon Hee (Pengarah Urusan CHC Enterprise Sdn.Bhd). Program ini juga menyaksikan sebanyak 5 MOU kategori emas telah dimeterai.

MOU kategori emas yang di meterai antara IKBN Kuala Perlis dan Asiatech Scaffold Engineering Sdn.Bhd pada hari tersebut adalah satu usahasama bagi memberikan peluang yang lebihbaikkepada para lulusan dalam bidang scaffold di masa hadapan.

Syarikat tersebut, dikenali sebagai Asiatech Scaffold Engineering merupakan syarikat yang berdiri teguh di dalam industri pembinaan Bangunan, Jentera Berat, Industri Petrokimia, Perpaipan Mekanikal Minyak Dan Gas Serta Gas Asli. Syarikat ini bertempat di Gurun, Kedah dan berpengalaman selama 4 tahun dalam industri binaan.

Read 185 times
 
Find us on Facebook
Follow Us