Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 12 August 2018 08:56

557 WARGA IKTBN BACHOK DERMA DARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

DD2018

Bachok 12 Ogos 2018 - Seramai 462 pelajar dan 95 staf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok Kelantan menyertai program derma darah sempena pendaftaran pelajar barunya di Dewan Serbaguna institut itu baru-baru ini.

TImbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajarnya Muhammad Abd Rahman berkata, program ' Setitik Darah' yang dianjurkan ini adalah untuk menampung bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu.

Sokongan dan keikhlasan menderma darah oleh staf dan pelajar IKTBN ini perlu diberi pujian kerana rata-rata yang menderma darah ini bersedia dan beratur lebih awal sebelum kaunter yang dikendalikan oleh 16 staf dari kedua hospital ini menyediakan katil untuk menderma.

'Saya kagum dengan semangat kesukarelaan warga institut ini sekaligus dapat menambahkan bekalan darah yang diperlukan' katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu tinjauan sekitar dewan memperlihatkan keceriaan wajah mereka kerana dapat menderma darah bagi mereka yang memerlukan.

Disunting Oleh: Basok Alwi Kalle Mangadji

Gambar Oleh: Mohd Luqman Nazari

Read 3966 times
 
Find us on Facebook
Follow Us