Seramai 15 orang peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa Brunei-Malaysia terlibat dalam lawatan yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat baru-baru ini .
Program tersebut dilaksanakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan bilateral kedua-dua Negara serta rangkaian kerjasama di kalangan belia-belia Malaysia dan Brunei disamping mendedahkan mereka dalam bidang kemahiran terutamanya dalam memaksimumkan idea kreatif dan inovatif belia .