Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 25 July 2018 14:38

LAWATAN PENANDAARASAN IR4.0 KE JMTI & PSDC

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

P.Pinang, 19 Julai 2018 – 3 orang pengajar daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menyertai Lawatan Penandaarasan revolusi industri 4.0 (IR4.0)ke JMTI & PSDC anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan. Lawatan ini turut disertai oleh wakil pengajar daripada IKTBN Sepang, IKBN Bukit Mertajam serta IKBN Jitra. Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai suatu inisiatif bagi memastikan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sentiasa relevan dan mengikuti keperluan semasa, antaranya dengan menyediakan ILKBS ke arah IR4.0. Lawatan ini juga diadakan bertitik tolak hasil daripada mesyuarat jawatankuasa pemandu pemerkasaan transformasi ILKBS pada 10 Januari 2018.

 

Lawatan tersebut melibatkan dua lokasi iaitu di Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) pada 19 Julai 2018 dan diikuti pula dengan lawatan ke Penang Skill Development Centre (PSDC) pada 20 Julai 2018. Antara intipati lawatan tersebut adalah meneliti kaedah latihan berkaitan IR4.0 yang dilaksanakan di JMTI dan PSDC. Selain itu juga, lawatan ini juga adalah untuk mengenalpasti jenis sistem dan maklumat berkaitan hardware dan software bagi persediaan prasarana ke arah pelaksanaan IR4.0. CEO PSDC, Encik Muhamed Ali Hajah Mydin dalam ucapan pembentangannya berkata perkara utama dalam memastikan IR4.0 tercapai, kepakaran sumber manusia perlulah dibangunkan terlebih dahulu berbanding dengan pembelian kelengkapan dan peralatan.

 

Ini kerana jika kepakaran sumber manusia tidak selari dengan tahap kemampuan peralatan dan kelengkapan bercirikan IR4.0, kemungkinan besar boleh mewujudkan projek ‘Gajah Putih’. Justeru, diharapkan dengan lawatan yang telah diadakan ini dapat memberikan gambaran serta idea kepada para peserta dalam persiapan menghadapi revolusi industri 4.0 (IR4.0)

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 3966 times Last modified on Ahad, 12 August 2018 14:44