Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 31 July 2018 15:00

IKTBN PAGOH MENYAHUT CABARAN COMBOT’18

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

Bukit Mertajam, 28 Julai 2018 – 3 orang pengajar bersama 7 orang pelajar daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menyertai Combat Robot Tournament 2018 (COMBOT ’18) anjuran koperasi IKTBN Bukit Mertajam. Pertandingan tersebut telah diadakan bermula 28 hingga 29 Julai 2018 bertempat di Dewan Perdana IKTBN Bukit Mertajam. Selain melibatkan penyertaan seluruh institusi pengajian di Malaysia, pertandingan tersebut turut disertai peserta dari luar negara, dari India dan Indonesia. Dalam pertandingan tersebut, IKTBN Pagoh telah menghantar sebanyak tiga penyertaan robot tempur iaitu PRCT 1, PRCT 2 dan PRCT 3.

 

Dalam pertandingan tersebut, ketiga-tiga jentera robot IKTBN Pagoh berjaya melepasi saringan pertama dengan menewaskan pasukan daripada India. Perlawanan seterusnya diikuti dengan pusingan penyingkiran dan sekali lagi kesemua robot IKTBN Pagoh berjaya melalui cabaran tersebut. Secara keseluruhannya untuk pertandingan kali ini, IKTBN Pagoh berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Diharapkan dengan pengalaman yang diperoleh pada kali ini, dapat memantapkan lagi persiapan robot tempur IKTBN Pagoh untuk menghadapi pertempuran seterusnya sekaligus memperbaiki kemahiran dan aplikasi ilmu para peserta dalam teknologi robotik pada masa kini.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 2949 times Last modified on Ahad, 12 August 2018 15:08