Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 09 August 2018 15:09

PERHIMPUNAN BULANAN IKTBN PAGOH

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

Pagoh, 6 Ogos 2018 – Perhimpunan bulanan kakitangan bersama para pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh kali ini telah dianjurkan oleh bahagian pengurusan bertempat di Dewan Karisma IKTBN Pagoh. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa johor diikuti dengan lagu Negaraku. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar dengan bacaan daripada surah Al-Mulk ayat 1 hingga 6.

 

Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein B. Nordin dalam ucapannya pada majlis tersebut telah membuat sedikit perkongsian berkaitan surah yang telah dibaca oleh pelajar. Antara isi pengajaran dalam ayat tersebut Allah s.w.t menjelaskan bahawa kualiti amalan seseorang itu lebih penting berbanding kuantiti amalannya. Untuk itu pengarah berharap agar warga kerja serta para pelajar dapat mengamalkan perkara tersebut dalam kehidupan seharian.

 

Pengarah seterusnya memaklumkan agar setiap warga kerja dapat bersiap - sedia untuk menghadapi audit ISO 9001 : 2015 oleh pihak SIRIM. Selain itu, pengarah dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa IKTBN Pagoh bakal menerima 120 buah komputer baru dengan tujuan mempersiapkan para pelajar dalam menghadapi cabaran revolusi industri IR4.0. Begitu juga para pengajar yang turut akan diberikan latihan peningkatan kemahiran dan ilmu berkaitan IR4.0. Perancangan hal ini amat penting menurut beliau berikutan IKTBN Pagoh bakal mempelopori IR4.0 bagi keseluruhan ILKBS.

 

Turut diserikan lagi dalam perhimpunan kali ini ialah pencapaian hadiah pembaca buku terbanyak, Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Jun dan Julai serta Penyampaian Hadiah Hari Lahir Kakitangan IKTBN Pagoh. Majlis perhimpunan diakhiri dengan persembahan video pendek bertemakan ‘Hari Merdeka’ yang bakal menjelma serta nyanyian ‘Jalur Gemilang’.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 3023 times Last modified on Ahad, 12 August 2018 16:37