Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 15 August 2018 14:34

MAJLIS PERUJIAN AL-QURAN, NASYID DAN HAFAZAN 2018

Written by Yusoff
Rate this item
(1 Vote)

 

Pagoh, 14 Ogos 2018 – Program ini yang melibatkan penyertaan para pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah diadakan di Dewan Karisma dengan dihadiri oleh seluruh kakitangan dan pelajar IKTBN Pagoh. Antara tujuan utama diadakan pertandingan seperti ini adalah bagi memilih pelajar yang layak bagi mewakili IKTBN Pagoh ke pertandingan peringkat IKBN / IKTBN Se-Malaysia serta menerapkan semangat budaya Islam dikalangan warga IKTBN Pagoh. Terdapat tiga kategori yang dipertandingan dalam majlis ini iaitu tilawah Al-Quran, hafazan dan nasyid.

 

Setiap syarat dan kategori yang dipertandingkan adalah selaras dengan syarat pertandingan yang digunapakai pada peringkat IKBN / IKTBN Se-Malaysia. Majlis dimulai dengan Perujian Tilawah Al-Quran, diikuti dengan pertandingan hafazan dan seterusnya pertandingan nasyid. Pertandingan yang diadakan melibatkan wakil pelajar antara setiap jabatan di IKTBN Pagoh iaitu Jabatan Mekanik Industri, Kimpalan, Pemesinan Am dan Alatan Acuan. Acara penutup dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada murid-murid dari Tadika KEMAS Kampung Masyarakat Jasa.

 

Walaubagaimanapun, keputusan bagi pertandingan tersebut hanya akan diumumkan pada masa perhimpunan bulanan pada September akan datang. Walau siapa pun pemenangnnya, peserta yang bertanding pada kali ini dilihat telah menunjukkan semangat dan komitmen yang padu dalam menjayakan pertandingan yang diadakan. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi ummah yang cemerlang dan terbilang di dunia serta di akhirat.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 3311 times Last modified on Rabu, 15 August 2018 14:38