Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 August 2018 11:32

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA IKTBN BACHOK DAN UNIMAP

Written by
Rate this item
(0 votes)

MOU

Bachok, 20 Ogos 2018 - IKTBN Bachok telah menghantar 3 orang pegawai diketuai oleh Puan Sam Hezza Bt Abdul Samad (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam), En. Kamarul Anuar Bin Haron (Ketua Cawangan Hubungan Industri) dan Pn. Aishah Bt Mustafa (Ketua Jabatan Pengajian Umum) ke Universiti Malaysia Perlis pada 08 Ogos 2018 bagi membincangkan beberapa kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

Antara perkara yang dibincangkan adalah penilaian semula kerjasama yang dijalinkan sebelum ini, Peluang sambung belajar bagi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia ke First Degree di UniMAP,Perkongsian kepakaran dan juga Pembangunan sumber manusia. Pihak UniMAP telah diwakili oleh  Assoc Prof TS DR Shafriza Nisha Bin Basah, Director Centre For Industrial And Govermental Collaboration (CIGC).

Diakhir perbincangan pihak UniMAP akan berbincang dengan fakulti yang berkaitan dan akan memperincikan pelaksanaan kerjasama tersebut dan perbincangan lanjut akan dijalankan sekali lagi.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 4090 times Last modified on Isnin, 20 August 2018 11:43
 
Find us on Facebook
Follow Us