Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 03 September 2018 14:58

KIBARAN JALUR GEMILANG TERPANJANG PERINGKAT IKTBN PAGOH

Written by Yusoff
Rate this item
(1 Vote)

 Kakitangan dan Pelajar IKTBN Pagoh bergambar bersama Jalur Gemilang

 

Pagoh, 30 Ogos 2018 – satu perhimpunan bulanan bertemakan sambutan hari kebangsaan telah dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar bertempat di Dewan Karisma Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Perhimpunan tersebut telah dianjurkan dalam suasana sambutan hari kebangsaan yang amat meriah. Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein Bin Nordin dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan mengetuai perarakan Hari Kebangsaan. Selain itu, beliau turut mengungkap kembali kisah perjuangan mereka yang terdahulu ketika zaman penjajahan dan kesukaran yang dihadapi sebelum mencapai kemerdekaan.

 

Oleh itu, beliau berharap golongan belia pada masa kini dapat mengambil iktibar dan menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh nenek moyang kita dalam mencapai kemerdekaan. Tuan pengarah juga turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perbarisan IKTBN Pagoh yang bakal menyertai perbarisan hari kebangsaan peringkat negeri Johor yang akan diadakan di bandar Muar. Dalam perhimpunan tersebut juga turut diadakan sesi penyerahan kad ucapan kemerdekaan hasil karya pelajar oleh wakil pelajar kepada tuan pengarah. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah dan sijil bagi Pertandingan Bola Sepak, Bilik Tercantik, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Nasyid 2018, Hadiah Hari Lahir Staf IKTBN Pagoh serta Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan.

 

Majlis perhimpunan kemudian diakhiri dengan acara yang amat menarik iaitu tayangan video bertemakan hari kemerdekaan dan disusuli dengan sesi bergambar kakitangan dan pelajar bersama bendera ‘Jalur Gemilang’ sepanjang 55 meter yang juga merupakan hasil karya para pelajar IKTBN Pagoh. Bendera ‘Jalur Gemilang’ ini juga merupakan yang terpanjang pernah dihasilkan oleh para pelajar IKTBN Pagoh. Diharapkan dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat menerapkan rasa cinta terhadap negara yang lebih mendalam terhadap jiwa dan semangat warga IKTBN Pagoh.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 3524 times Last modified on Isnin, 10 September 2018 15:09