Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 10 September 2018 05:26

GOTONG – ROYONG PERDANA (EKSA) IKTBN PAGOH 2018

Written by Yusoff
Rate this item
(1 Vote)

 Sekitar gotong royong perdana (EKSA) yang dilaksanakan di IKTBN Pagoh

 

Pagoh, 6 September 2018 – Satu gotong-royong perdana telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh melibatkan semua kakitangan dan pelajar. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Jawatan Kuasa EKSA IKTBN Pagoh dalam memastikan persekitaran institut sentiasa dalam keadaan bersih, kondusif dan ceria. Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama warga IKTBN Pagoh di samping melahirkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap institut.

 

Antara kerja-kerja yang dilakukan dalam program ini adalah mengecat bangunan dan membersih persekitaran kawasan bengkel, kawasan masjid, asrama serta longkang-longkang yang terdapat dalam kawasan institut. Menurut penyelaras EKSA IKTBN Pagoh merangkap koordinator program gotong-royong ini, En. Shah Ramle Bin Sohop aktiviti ini merupakan program penting dalam EKSA dalam memastikan IKTBN Pagoh sentiasa konsisten dalam mengekalkan pengiktirafan kategori ‘Cemerlang’ EKSA yang diberikan oleh pihak MAMPU.

 

Seluruh warga IKTBN Pagoh didapati memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Diharapkan dengan usaha murni seperti ini dapat meningkatkan lagi tahap dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak IKTBN Pagoh dalam menjadi institut yang berdaya saing serta cemerlang dalam setiap pengiktirafan yang diberikan.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 3089 times Last modified on Isnin, 10 September 2018 16:39