Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 13 September 2018 09:51

JURUSAN TEK. KEJ. PEMBUNGKUSAN LAWAT KILANG KIAN JOO CAN FACTORY

Written by
Rate this item
(0 votes)

BATU CAVES: 5 SEPTEMBER 2018 – Satu program lawatan akademik ke kilang Kian Joo Can Factory Berhad telah diadakan pada 5 September 2018 anjuran Jurusan Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan. Program lawatan akademik ini disertai seramai 19 orang pelajar dan diiringi oleh 10 orang pegawai. Program lawatan akademik ini dirancang bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan pegawai berkaitan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk pembungkusan berasaskan bahan jenis tin plate.

 Kian Joo Can Factory Berhad merupakan salah satu anak syarikat kepada sebuah syarikat yang besar iaitu Kian Joo Group. Kian Joo Group merupakan sebuah syarikat yang terbesar di Asia Tenggara yang menghasilkan produk pembungkusan. Contoh produk pembungkusan yang dihasilkan oleh syarikat ini ialah seperti two-piece can, two-piece aluminium beverage cans, corrugated carton boxes dan banyak lagi. Kebanyakan produk keluaran Kian Joo Group ini adalah untuk pasaran dalam negara dan luar negara. Bagi pasaran luar negara, produk syarikat ini di eksport ke negara seperti Japan, Myanmar, Indonesia, Thailand, Singapore, Taiwan, Australia, Filipina dan negara timur tengah.

Antara pengisian program lawatan akademik ini ialah seperti sesi taklimat pengenalan kepada syarikat oleh wakil syarikat berkenaan dan sesi lawatan ke kawasan penghasilan produk pembungkusan tersebut. Pelajar dan pegawai juga ada diberi penerangan berkaitan teknologi-teknologi yang digunakan bagi penghasilan produk pembungkusan tersebut. Diharapkan penganjuran program seperti ini akan dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dan pegawai berkaitan industri penghasilan produk pembungkusan di Malaysia.

 

 

Read 247 times Last modified on Khamis, 13 September 2018 10:28
 
Find us on Facebook
Follow Us