Hari Bertemu Pelanggan merupakan usaha IKBNSI yang mahu mempermudahkan urusan orang ramai mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Selain itu, IKBNSI prihatin dalam memahami permasalahan pelajar dan mengambil langkah proaktif bagi memudahkan pelajar yang mempunyai urusan dan masalah yang berhubung kait dengan peraturan institut, jabatan dan pembelajaran.
Selain daripada itu, turut serta dalam program ini ialah Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar En. Md. Isa Bin Ibrahim dan pengajar. Program ini berlangsung di pada 7 Ogos 2018 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Lobi Pentadbiran
Sehubungan itu, para pelajar dialu-alukan untuk hadir dan berurusan dengan mana-mana kaunter yang dibuka