Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 16 August 2018 16:58

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN IKBN SERI ISKANDAR KE KEJOHANAN SUKAN ILKBS SEMALAYSIA KALI KE-32 TAHUN 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 OGOS 2018 - Sebagai menyuntik semangat juang bagi Kontinjen IKBN Seri Iskandar dalam Kejohanan Sukan ILKBS Semalaysia Kali Ke-32 Tahun 2018, satu Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen ke kejohanan sukan ini telah diadakan di perkarangan lobi pentadbiran.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, En Md. Isa Bin Ibrahim. Dalam ucapannya beliau berkata, IKBN Seri Iskandar harus bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi dan mensasarkan pingat emas dalam acara Ping-pong, Futsal, Bola Jaring dan Sepak Takraw serta berharap IKBNSI mampu menempatkan diri ke kedudukan Johan keseluruhan.

Dalam majlis sama beliau menyerahkan Bendera IKBNSI kepada En. A. Raman Bin Musbah, Ketua Kontinjen serta menyerahkan pakej kontinjen kepada pengurus-pengurus pasukan yang mewakili sukan yang akan dipertandingkan.

Kejohanan Sukan ILKBS Semalaysia Kali Ke-32 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia yang bakal berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara Pekan, Pahang ini melibatkan penyertaan dalam kalangan kakitangan daripada 20 institut seluruh Malaysia pada 17 hingga 19 Ogos ini.

IKBNSI kali ini menghantar seramai 44 orang pelajar bagi merebut tempat terbaik dalam semua acara yang dipertandingkan. Selamat Maju Jaya!!!

Read 3863 times
 
Find us on Facebook
Follow Us