Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 30 August 2018 17:00

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2018Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos 2018 jam 08.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum (JPU) kelolaan En.Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Turut hadir di majlis ini, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah dan kakitanagn serta pelajar memenuhi ruang dewan.

Dalam ucapan beliau meminta para pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam mematuhi peraturan institut terutama pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dalam ke arah penjimatan. Selain itu, beliau juga mengharapkan pelajar sentiasa mengambil peluang dan memanfaatkan masa semasa dalam sesi pembelajaran berlangsung. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang banyak akan dapat meningkat kemahiran yang diceburi.

Di majlis ini, pelancaran MS ISO 9001:2015 yang telah dilaksanakan di mana ianya dirasmikan oleh Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bagi menandakan IKBN Seri Iskandar komited melaksanakan MS ISO 9001:2015

Read 3470 times
 
Find us on Facebook
Follow Us