Print this page
Khamis, 30 August 2018 17:03

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2018 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

30 OGOS 2018, SERI ISKANDAR – Seluruh warga IKBN Seri Iskandar hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku bersesuaian dengan semangat serta rasa cinta terhadap Negara. Sambutan ini telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela pada 30 Ogos 2018 jam 10.00 pagi yang dihadiri oleh Tuan Pengarah, En. Md. Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah. Sambutan Hari Kemerdekaan ini di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum, Cawangan Hubungan Industri dan Cawangan Pengurusan Kualiti yang diketuai oleh En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Majlis dimulakan dengan ucapan kemerdekaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan disusuli dengan laungan merdeka sebanyak tiga(3) kali oleh Tuan Pengarah, En. Md. Isa Bin Ibrahim bersama-sama gema laungan merdeka oleh seluruh warga IKBN Seri Iskandar. Bagi meneruskan sambutan Hari Kemerdekaan ini beberapa persembahan telah diadakan seperti diklamasi sajak oleh Pn. Emiyusida Bt Yacob dan Pn. Nur Aizua Bt. Nasirdin, nyayian lagu Setia oleh pelajar Jurusan Rangkaian Komputer.

Acara kemuncak sambutan Hari Kemerdekaan ini di mana pihak penganjur telah membuat perarakan kemerdekaan di sekitar pejabat kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Pejabat Daerah Perak Tengah dan Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dengan kenderaan seperti motor, kereta dan bas di mana Ketua jabatan bersama-sama seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengibarkan bendera Malaysia dan melaungkan merdeka sebanyak tiga(3) kali dengan penuh semangat dan jiwa patriotik dengan tema “Sayangi Malaysiaku”.

Read 4182 times
Find us on Facebook
Follow Us