Pada kali ini Gulai Tempoyak Instant Powder dari Jabatan Teknologi Hospitaliti (Penyajian) telah berjaya mengalahkan peserta lain tahniah juga kepada kumpulan dari Jabatan Teknologi Automotif – Penyelengaraan Kereta dengan ciptaan mereka (Mart Motorbike Park)yang telah memperolehi tempat kedua. Tahniah juga diucapkan kepada semua yang telah kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Bagi tahun ini seramai 15 kumpulan telah menyertai pertandingan yang melibat ketiga-tiga jabatan yang ada di IKTBN Bachok. Inilah semangat yang di inginkan oleh pihak IKTBN Bachok khususnya dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Amnya.
Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar dan pelajar yang terlibat mencurahkan tenaga dalam memastikan pertandingan ini berjalan lancar dan sempurna.
Disediakan dan disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin