Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 September 2018 15:41

IKTBN BACHOK ADAKAN BENGKEL SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR BIDANG TEKNOLOGI AWAM

Written by
Rate this item
(0 votes)

BGKL GUBAL

Bachok, 20 September 2018Hari ini tamatlah sudah bengkel pemurnian serta penggubalan soalan peperiksaan akhir ILKBS tahun 2018 bagi Bidang Teknologi Awam yang telah diadakan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur.

Bengkel yang bermula pada 17 September 2018 dan telah berakhir pada hari ini 20 September melibatkan seramai 15 orang penggubal soalan dari beberapa ILKBS yang menawarkan bidang teknologi awam. Antara ILKBS yang menghantar pengajar bagi bengkel yang diadakan adalah IKBN Kuala langat, IKBN Kuala Perlis, IKBN Kinarut, IKTBN Chembong dan juga dari IKTBN Bachok selaku tuan rumah bagi Mesyuarat dan bengkel yang diadakan.

Selain dari penggubal soalan 04 orang panel TAC dimana 2 orang merupakan wakil industri dan 2 dari Jabatan Kerajaan yang terlibat di dalam bidang pembinaan juga telah dipanggil bagi memastikan soalan yang dibuat adalah relevan dengan perkembangan Industri negara pada masa sekarang. Soalan yang digubal akan digunakan bagi peperiksaan akhir yang akan diadakan pada bulan Disember 2018 nanti. Semua soalan yang digubal akan dimurnikan sebelum boleh digunakan dalam Peperiksaan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 4065 times
 
Find us on Facebook
Follow Us