Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 23 September 2018 08:58

CERAMAH KESEDARAN “PENYAKIT HIV & SEXUAL TRANSMIT INFECTION”

Written by
Rate this item
(0 votes)

ceramahhiv

 

Bachok, 23 September 2018– Pada 19 September 2018 yang lepas IKTBN Bachok dengan Kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok telah mengadakan Ceramah Kesedaran “Penyakit Hiv & Sexual Transmit Infection”kepada semua pelajar IKTBN Bachok.

Ceramah ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai penyakit ini dan bagaimana ia boleh berjangkit.Pihak pejabat Kesihatan Daerah Bachok telah menghantar seramai 07 orang pegawai bagi menyampaikan ceramah dan juga mengadakan ujian saringan bagi yang berminat untuk membuat ujian.

Pihak IKTBN Bachok sangat mengalu-alukan program seperti ini kerana ianya sangat bermanfaat dan berguna kepada semua pelajar.Pihak IKTBN Bachok juga amat berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bachok kerana sudi hadir bagi memberikan sedikit ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar. Semoga apa yang disampaikan memberikan panduan dan peringatan yang berguna kepada semua pelajar.

 

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin.

Read 3816 times Last modified on Ahad, 23 September 2018 09:02
 
Find us on Facebook
Follow Us