Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 09 May 2016 21:17

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN


BANDAR PENAWAR, 9 MEI 2016 – Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Kesedaran Kesihatan Mengenai HIV / AIDS & Penyakit Kelamin iaitu Sexual Transmitted Diseases (STD). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan di IKBNBP.

 

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan edaran soalan Pre-test dan disusuli dengan ceramah bertajuk Pengenalan HIV/AIDS dan STD yang disampaikan oleh Dr.Mohd Ihsan Bin Mahmood, Pegawai Perubatan Kesihatan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi. Ceramah seterusnya telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail, Head Community Engagement & CSI PRPC dari Petronas.

 

Program ini kemudian diteruskan dengan aktiviti Focus Group Discussion di mana peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diuruskan oleh 32 pegawai perubatan dan kakitangan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi di pelbagai lokasi di sekitar institut.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBNBP, Zahrin Bin Romli. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat. Dalam ucapannya, Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Petronas serta berharap program berinformasi dan berfaedah ini dapat diteruskan lagi pada masa depan dengan perluasan tajuk berkaitan menangani stress di tempat kerja dan amalan kebersihan dan kesihatan yang perlu dijaga semasa bertugas di bengkel.

Read 2333 times