Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN DAN PELAJAR BAGI BULAN SEPTEMBER 2018

Written by

WAKAF TAPAI, 23 SEPTEMBER 2018 –Jabatan Teknologi Elektrik IKBN Wakaf Tapai dengan kerjasama Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah bagi Bulan September 2018. Majlis tersebut diadakan pada pada 19 September 2018 bertempat di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai pada jam 8.00 pagi. Perhimpunan tersebut melibatkan semua pelajar dan kakitangan yang seramai 438 orang.

Aktiviti utama yang dilaksanakan di dalam Majlis tersebut adalah ucapan amanat daripada Tuan Pengarah dan juga penyerahaan Bendera dan penyampaian sijil kepada jurulatih dan peserta WSMB bagi Bidang Welding dan Plumbing & Heating yang berjaya ke Peringkat Akhir di dalam Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara pada 26 September hingga 2 Oktober 2018. Disamping itu juga Tuan Pengarah, En. Mohd Fauzi bin Haji Ariffin menyarungkan Jaket Keselamatan kepada 3 orang peserta WSMB iaitu Mohamad Syamil bin Mat Ali dan Malik Riduan bin Amanah dari Bidang Welding serta Vemaleswaran A/L Chandran dari Bidang Plumbing & Heating. Bacaan Asma’ Ul Husna dan juga Selawat Ke atas Nabi (SAW) dialunkan oleh semua kakitangan dan pelajar dengan dipimpin oleh Pelajar Semester 4 Jabatan Teknologi Elektrik sempena Sambutan Maal Hijrah. Selain daripada itu, majlis juga menyampaikan Sijil dan Hadiah Penganugerahan kepada peserta-peserta yang menang di dalam beberapa pertandingan seperti Pertandingan Video Kreatif Sempena Bulan Kebangsaan Anjuran Kelab Teknologi Maklumat, Pertandingan “Translate It Right” Competition Anjuran Kelab Bahasa Inggeris, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat IKBN Wakaf Tapai Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pertandingan Celik Jawi Anjuran Kelab Kebajikan dan Kerohanian Majlis juga menyampaikan Sijil Penyertaan kepada pelajar-pelajar yang menyertai kursus Pengurusan Jenazah dan juga Sijil Penganugerahan kepada Pelajar Terbaik bagi setiap Kursus Sesi 1/2018. Disamping itu majlis juga menyampaikan Sijil Perlantikan Ahli Jawatankuasa Surau As-Syakirin Tahun 2018 kepada 17 orang kakitangan IKBN wakaf Tapai. Majlis menyampaikan Sijil Anugerah Pentauliahan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada 19 orang kakitangan. Majlis juga menyampaikan Sijil dan Hadiah Penganugerahan Pekerja Terbaik Bulanan iaitu bagi bulan Julai dan Ogos 2018. Bagi mengakhiri Majlis Perhimpunan tersebut, majlis menyambut ulangtahun kelahiran kakitangan dan pelajar bagi bulan Ogos dan September 2018 dengan menyampaikan Kad Ucapan Hari Lahir dan sepotong Kek.

 perhimpunan september

Di sediakan Oleh:

Fauzizah binti Ngah

 

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us