Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

AUDIT PENSIJILAN SEMULA DAN MENAIK TARAF MS ISO 9001:2015 IKBN WAKAF TAPAI

Written by

WAKAF TAPAI, 23 SEPTEMBER 2018 – Satu sesi audit pensijilan semula oleh pihak Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah dijalankan di IKBN Wakaf Tapai.

Proses audit pensijilan semula dan menaik taraf MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 telah berlangsung pada 23 dan 24 September 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bengkel Elektrik, Bengkel Jahitan, Asrama serta beberapa tempat lain di seluruh IKBN Wakaf Tapai. Seramai 3 orang juruaudit daripada SIRIM yang diketuai oleh Puan Maznah binti Mat Isa telah membuat semakan dan pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti yang diguna pakai di sini. En Mohd Fauzi bin Haji Ariffin, Pengarah IKBN Wakaf Tapai telah mempengerusikan mesyuarat pembukaan sesi audit kali ini manakala mesyuarat penutup pula telah dipengerusikan oleh Cik Tuan Norihan Binti Tuan Yusoff selaku pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.

 

 

 

 

 

 

 

Di sediakan oleh:

Siti Shahidatul Husna Binti Jamel

 

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us