Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 25 September 2018 14:32

SEMINAR TECHNOLOGY UPDATE INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

Pagoh, 19 September 2018 - Satu seminar telah diadakan yang bertempat di dewan kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh berkenaan Revolusi Industri 4.0. Ia melibatkan pengajar dan pelajar semester lima jabatan Mekanik Industri. Selain itu, turut dijemput tenaga pengajar dari IKTBN Sepang, ILP Kuantan, ILP Pasir Gudang serta ILP Marang .

 

Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Haji Abu Sallehein B. Nordin dalam ucapan aluannya menerangkan bahawa pada masa hadapan sistem robot bakal mengambil alih sebahagian besar pekerjaan. Oleh itu, beliau mengingatkan kepada semua pelajar dan pengajar untuk bersedia meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan bidang robot dan industri 4.0 iaitu bagi menghadapi teknologi yang lebih canggih dan terkini pada masa hadapan.

 

Seminar tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada pihak syarikat Festo Malaysia. Dalam seminar tersebut, pihak Festo telah memberi penerangan berkaitan aplikasi sistem pneumatik dan hidraulik yang terkini. Seminar tersebut turut diselitkan dengan tayangan video berkaitan produk keluaran Festo dalam bidang pendidikan teknikal. Di akhir sesi seminar tersebut, pihak Festo telah menunjukkan demonstrasi kit pembelajaran berkaitan teknologi Revolusi Industri 4.0.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 3029 times Last modified on Rabu, 03 October 2018 14:37