Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 11 October 2018 09:42

PERTANDINGAN INOVASI - JACKFRUIT SEEDS CRACKER

Written by
Rate this item
(0 votes)

Jackfruits

10 Oktober 2018, Kuantan - IKBN Peretak telah menghantar penyertaaan dari Jurusan Penyediaan Roti yang diketuai oleh Puan Ros Azida Binti Jantan dan empat orang pelajar bagi Pertandingan Inovasi sempena Festival Agro Makanan dan Bioteknologi 2018 (FAMB2018) anjuran Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Polieknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Produk inovasi yang dipertandingkan adalah makanan ringan iaitu Jackfruit Seeds Cracker. Ia dihasilkan daripada biji nangka yang biasanya dibuang sahaja dan dijadikan keropok. Keropok biji nangka ini boleh di bungkus secara komersial untuk dijadikan makanan ringan.

Pertandingan ini melibatkan sebanyak 26 kumpulan yang turut mempertandingkan produk inovasi berasaskan makanan, makanan ternakan, barangan textile dan barangan elektrik. Pengisian festival dipenuhi dengan pembentangan kertas kajian, pembentangan poster, pertandingan inovasi dan forum industri.

Disediakan oleh : Puan Ros Azida Binti Jantan

Read 850 times
 
Find us on Facebook
Follow Us