Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 11 October 2018 11:51

Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura

Written by
Rate this item
(0 votes)

ASYURA

Bachok, 11 Oktober 2018 – Kelab Keluarga IKTBN bachok telah mengadakan Gotong Royong memasak bubur asyura pada hari selasa 09 Oktober 2018.

Gotong royong bermula seawal 07.30 pagi dengan melibatkan beberapa pegawai yang mewakili ahli kelab dan juga pelajar. Program ini dijalankan sebagai salah satu sambutan kedatangan tahun baru dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharam.

Tujuan utama program dijalankan adalah bermatlamatkan menyambut bulan Muharam dan juga meneruskan tradisi memasak bubur asyura.Selain itu ia juga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan dan persahabatan antara warga IKTBN Bachok. Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 919 times Last modified on Khamis, 11 October 2018 12:10
 
Find us on Facebook
Follow Us