Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang IKBN/IKTBN dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.
Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.Bagi memudahkan urusan lawatan, pihak sekolah bolehlah berhubung dengan pegawai di Unit Promosi IKTBN Bachok En. Mohd Rizal Bin Mat Zin atau En. Mohd Luqman Bin Nazari.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin