Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 14 October 2018 05:03

PROGRAM CITRA IBADAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 13 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Program Citra Ibadah "Cintai Solat" bagi 100 orang pelajar Tahap 1. Program ini telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 Oktober 2018 bertempat di Surau Al Falah IKTBN Chembong.

Program ini diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKTBN Chembong dengan penglibatan 10 orang urus setia. IKTBN Chembong juga telah menjemput 10 orang fasilitator daripada Yayasan As-Sofa, Rembau, Negeri Sembilan. Program ini dapat memberikan impak positif kepada para peserta dan telah mencapai objektif dalam memberikan kefahaman untuk mencintai dan menyempurnakan ibadah solat. Selain itu, fasilitator juga telah memberikan kefahaman mengenai kepentingan solat, mengajar rukun, tatacara dan bacaan solat, serta menekankan kesan ibadah solat di dalam kehidupan.

 

Pengisian program bukan hanya sekadar teori tetapi turut disertakan dengan amali dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Program qiamullail turut diadakan bagi  melatih diri untuk menghidupkan malam dengan ibadah solat. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membentuk para pelajar yang cemerlang sahsiah dan memiliki jati diri yang unggul serta seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4157 times Last modified on Isnin, 15 October 2018 14:27
 
Find us on Facebook
Follow Us