Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 13 October 2018 02:17

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 12 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Perhimpunan Bulan Oktober dan sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini. Program dimulakan dengan perhimpunan bulanan bertempat di Dewan Perdana. Ucapan perasmian Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Chembong telah  disempurnakan oleh Pengarah, En. Johari Bin Mohamad Tahar.

Acara sukan dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh semua pegawai, kakitangan dan pelajar IKTBN Chembong. Seterusnya para pegawai dan pelajar telah menyertai pertandingan ping pong, futsal dan bola jaring. Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua pihak. Sambutan hari sukan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, sifat bersaing secara positif dan menjalani gaya hidup yang sihat. Semoga sambutan ini dapat diteruskan di masa akan datang.

 

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4048 times Last modified on Isnin, 15 October 2018 15:05
 
Find us on Facebook
Follow Us