Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 14 October 2018 06:28

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2018 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) adalah merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan 'Negara Bersukan' (sporting nation). HSN telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai sambutan pada tahun 2018 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Empat (4) orang pegawai dan lapan puluh (80) orang pelajar IKTBN Chembong telah menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan. HSN telah memberikan impak yang positif dan berjaya menerapkan budaya sukan, memupuk semangat perpaduan, meningkatkan pengetahuan sukan dan membangunkan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. HSN memainkan peranan penting di dalam usaha Kerajaan menggalakkan gaya hidup cergas dan aktif di kalangan rakyat Malaysia.

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4158 times Last modified on Isnin, 15 October 2018 15:07
 
Find us on Facebook
Follow Us