Print this page
Isnin, 23 May 2016 16:50

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANTING BERHAD

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANTING , 23 MEI 2016 –Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Institut Kemahiran Belia Negara Banting Berhad telah diadakan pada 20 Mei 2016 baru –baru ini bertempat di Bilik Seminar Kampus Satelit CIAST.

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 50 orang kakitangan serta seorang wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Kuala Langat / Sepang , Norhafizah Binti Yaakob telah dirasmikan oleh Tn. Hj Mgt Husain Bin Mgt Jaaffar , Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada jam 9.15 pagi .

Tujuan utama penubuhan koperasi ini adalah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi setiap anggota koperasi yang terlibat disamping menggalakkan setiap anggotanya untuk berniaga . Sebagai langkah permulaan keahlian dibuka kepada semua kakitangan serta keluarga kakitangan IKBN Kuala Langat sahaja .

Read 8591 times Last modified on Isnin, 23 May 2016 17:00
Find us on Facebook
Follow Us