Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 16 October 2018 12:03

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2018 PERINGKAT IKBN KUALA PERLIS

Written by
Rate this item
(0 votes)

hsn20181

Kuala Perlis 13 Okt 2018; Hari Sukan Negara 2018 peringkat IKBN Kuala Perlis turut diadakan melibatkan Pertandingan sukan Rakyat dan Pertandingan Badminton. Hari sukan yang diadakan selama 2 hari yang berlangsung di perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis melibatkan semua pelajar dan kakitangan. Pertandingan tersebut adalah pada 12 Oktober diadakan sukan Rakyat dan 13 Oktober pertandingan Badminton.

Pada tahun ini Pihak urus setia telah membahagikan pelajar dan kakitangan kepada 6 kumpulan mengikut warna bagi memeriahkan dan bertanding dalam permainan sukan tradisional antaranya Tarik upih, Lari dalam guni, Tuju selipar, Zero Point dan Tarik Tali. Urus setia telah mengekalkan acara pertandingan badminton Peringkat tertutup IKBN Kuala Perlis. Penglibatan semua kakitangan yang telah diundi melalui cabutan bagi menentukan pasangan masing-masing.

Acara pada pagi tersebut juga turut diadakan perasmian pertandingan yang di rasmikan oleh Timbalan Pengarah (BPL) yang turut serta memeriahkan pertandingan tersebut. Menurut Timbalan Pengarah (BPL), Encik Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin berkata, Hari Sukan Negara  ini adalah usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan pelajar dan kakitangan IKBNKP.

Penglibatan semua pelajar-pelajar termasuk kakitangan IKBN Kuala Perlis cukup menyeronokkan, dapat menyihatkan tubuh badan sekali gus menjalinkan hubungan kekeluargaan pada warga IKBN Kuala Perlis.

Di akhir perlawanan turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada pemenang Johan Keseluruhan Rumah merah bagi pertandingan sukan rakyat dan Johan pertandingan Badminton adalah Team En Mohamad Aswadi dan En Mohd Zulhadi.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat IKBN Kuala Perlis pada tahun ini. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

RUMAHSUKAN

Read 560 times
 
Find us on Facebook
Follow Us