Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 16 October 2018 16:04

IKTBN CHEMBONG 2ND RUNNER UP PERTANDINGAN Y-ROBOC18

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 16 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai pertandingan Youth Robot Challenge (Y-RoboC'18) di IKTBN Sepang pada hari ini. Pertandingan yang diadakan merupakan sebahagian daripada pengisian Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Tengah 2018. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

IKTBN Chembong telah menghantar dua penyertaan dengan robot-robot yang dinamakan sebagai Tumpo dan Cakcibor. Tumpo telah ke peringkat akhir dan berjaya meraih kemenangan sebagai 2nd Runner Up. Tahniah di atas kemenangan Tumpo dan penyertaan Cakcibor. Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi, para pegawai dan pelajar yang terlibat. Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya di dalam pertandingan akan datang.

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4610 times Last modified on Selasa, 16 October 2018 16:29
 
Find us on Facebook
Follow Us