Print this page
Selasa, 04 September 2018 10:29

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA LUMUT KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 4 SEPTEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut pada  4 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa  EKSA, Pn. Nur Ishah Bt. Ishah dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif

Read 3719 times
Find us on Facebook
Follow Us