Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 14 September 2018 10:31

TREND MENDAKI BUKIT BEREKEH 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SUNGAI SIPUT, 14 SEPTEMBER 2018 - Aktiviti mendaki gunung kini menjadi antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran golongan remaja dan belia khususnya penuntut universiti. Mendaki boleh dianggap sebagai aktiviti yang ekstrem kerana ia memerlukan stamina fizikal dan mental yang kuat, namun ia bukan penghalang kepada penggemarnya dan mereka yang baru berjinak-jinak untuk sertai tanpa mengira jantina.

Program mendaki Bukit Berekeh, Sungai Siput, Perak 2018 telah dijalankan oleh para pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar seramai 77 orang termasuk kakitangan pada 14 September 2018 jam 06.00 pagi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendaki dikatakan telah menjadi 'trend' wajib bagi setiap orang terutama para penuntut di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta untuk meluangkan masa bila tiba cuti semester atau mengisi masa lapang yang ada. Penyertaan mereka dalam aktiviti sebegini, wajar diberi pujian kerana bukan mudah untuk menarik perhatian mahasiswa menyertai hiking jika tiada minat yang mendalam dan kesungguhan yang tinggi.

Mendaki gunung atau bukit sememangnya satu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Tambahan lagi jika anda benar-benar meminati hobi berkenaan dan anda akan berasai sendiri betapa mendaki itu adalah terapi terbaik untuk diri sendiri setelah sibuk dengan pembelajaran di kampus untuk masa-masa tertentu.  

Mahasiswa yang memiliki minat mendaki ini tentunya ada pandangan tersendiri mengapa mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang mencabar ini. Selain kerana hobi, mungkin mereka mendaki kerana mahu berkumpul bersama rakan-rakan lain yang sebelum ini agak sibuk dengan pengajian serta mahu menghilangkan tekanan sepanjang proses pembelajaran.

Apa pun faktor, sebab mahupun alasan yang diberikan, aktiviti mendaki ini memang banyak kebaikannya. Cuma, bila berdepan dengan cabaran, kita perlu kuat semangat untuk lalui. Jika Malaysia Boleh, kita juga harus yakin yang kita juga boleh!

Read 3919 times
 
Find us on Facebook
Follow Us