Print this page
Sabtu, 22 September 2018 10:33

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 22 SEPTEMBER 2018 - Seakan terpinggir, ilmu pengurusan jenazah dianggap bukanlah pengetahuan yang penting untuk dipelajari terutama bagi golongan muda. Malah dalam kebanyakan kes, tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada ahli surau atau masjid sahaja.

Sehubungan itu, dalam usaha memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai ilmu pengurusan jenazah, Cawangan Pengurusan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah dan Solat Jenazah pada 22 September 2018 di Surau Ibnu Sina jam 08.00 pagi.

Kursus sehari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pelajar dan kakitangan.

Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar, En. A Raman Bin Musbah berkata, usaha itu dibuat bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang mampu mengendalikan jenazah sebaik sahaja berlakunya kematian dalam kalangan penduduk tempatan.

“Peserta diajar dari awal tentang mandi jenazah, solat jenazah sehinggalah proses pengebumian. Jika masalah itu tidak diberi perhatian, banyak masalah akan timbul, termasuk bila berlaku kematian, masih ramai dalam kalangan anak kariah berada di bawah pokok dengan berbual pelbagai isu-isu semasa,” katanya.

Read 3382 times
Find us on Facebook
Follow Us