Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 23 October 2018 17:24

PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA PERINGKAT IKTBN CHEMBONG 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 23 OKTOBER 2018 - Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Peringkat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diadakan di Dewan Perdana, IKTBN Chembong pada hari ini. 

Lapan pasukan yang bertanding telah menunjukkan kesungguhan serta komitmen di dalam penghasilan produk inovasi masing-masing. Pasukan yang turut serta adalah terdiri daripada  pelajar Jabatan Teknologi Automotif dan Jabatan Teknologi Awam. Setiap pasukan diselia oleh seorang penyelia projek yang terdiri daripada tenaga pengajar. Produk yang dihasilkan telah dinilai oleh panel hakim dari segi kreativiti, penggunaan, kekemasan dan persembahan. Pemenang akan diumumkan di dalam Perhimpunan Bulanan November 2018. Tahniah di atas penyertaan semua pihak dan semoga penganjuran pertandingan ini dapat memupuk budaya inovasi di IKTBN Chembong.

 

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4095 times Last modified on Isnin, 29 October 2018 15:22
 
Find us on Facebook
Follow Us