Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 23 October 2018 16:16

LAWATAN PEMIMPIN ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH INTERNATIONAL AWARD DARI KOREA

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 23 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah dipilih dan berbesar hati untuk menerima lawatan daripada Pemimpin Anugerah Duke of Edinburgh International Award dari Korea Selatan. Seramai 14 orang peserta dan 4 orang pegawai pengiring telah disambut oleh pegawai dan pelajar IKTBN Chembong.

 Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah, Tuan Johari Bin Mohamad Tahar, dengan diiringi oleh para pegawai IKTBN Chembong. Delegasi telah disambut dengan paluan kompang daripada ahli Kelab Rakan Muda Masjid. Seterusnya delegasi telah dibawa ke lokasi-lokasi lawatan bagi sesi melawat serta taklimat ringkas oleh pegawai dan pelajar. Lokasi pertama adalah ke makmal hibrid yang terletak di Bengkel Diploma Automotif & Teknologi Kenderaan Motor. Delegasi seterusnya dibawa ke Dewan Perdana yang menempatkan Bilik ARP.

 

Di lokasi yang sama juga, lawatan diteruskan dengan demonstrasi komponen-komponen ARP iaitu kemahiran, rekreasi fizikal dan khidmat masyarakat. Lawatan ARP dimulakan dengan booth awam, seterusnya ke Galeri Program Khidmat Masyarakat, booth KLKM, booth inovasi dan booth masakan. Demonstrasi permainan bola tampar turut berlangsung bagi komponen rekreasi fizikal. Seterusnya, delegasi disajikan dengan hidangan menu tempatan. Semasa menjamu selera, delegasi turut dipersembahkan dengan demonstrasi silat oleh ahli Kelab Silat Gayong.

 

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4087 times Last modified on Isnin, 12 November 2018 11:54
 
Find us on Facebook
Follow Us