Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 18 October 2018 15:25

PROGRAM GEMSTONE 2018 DI IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 18 OKTOBER 2018 - Program Gemstone adalah satu program bersiri yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi 46 orang murid Tingkatan 5 daripada SMK Dato' Sedia Raja. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah dipilih dan berbesar hati untuk bekerjasama di dalam penyediaan tempat bagi melancarkan program ini. Program ini dijalankan di Pusat Sumber IKTBN Chembong untuk memberikan suasana baru dan meningkatkan motivasi murid yang hadir.  

Program yang bermula pada bulan Mac 2018, telah berlangsung sebanyak 5 siri dan berakhir pada hari ini. Majlis penutup disempurnakan dengan ucapan daripada Pengetua Cemerlang SMK Dato' Sedia Raja, Encik Jamri Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Encik Azmi Bin Basir, dan ucapan perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKTBN Chembong, Hjh. Suriani Binti Hasan. 

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 4199 times Last modified on Isnin, 29 October 2018 15:57
 
Find us on Facebook
Follow Us