Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 05 November 2018 16:15

HARI GERBANG KERJAYA PERINGKAT IKBN KUALA PERLIS 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

pgk2018nov

Kuala Perlis, 31 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis telah mengadakan Hari Gerbang Kerjayanya pada hari ini. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 04.00 petang. Program ini dihadiri oleh semua pelajar dan kakitangan IKBN Kuala Perlis. Turut sama melancarkan Hari Gerbang Kerjaya tersebut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan En Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan memilih kerjaya yang betul. Selain itu,program ini dapat mendedahkan pelajar tentang persediaan diri sebelum temu duga. Turut diadakan perkongsian kerjaya oleh bekas pelajar dan sesi ramah mesra bersama tetamu undangan Presiden Alumni ILKBS .

Seawal jam 8.30 pagi telah berlangsung sesi pertama ramah mesra pelajar bersama Tuan Pengerusi Alumni ILKBS En Samsudin Oli Mohamed bersama pelajar-pelajar bagi berkongsi berkaitan arah tuju pelajar-pelajar lepasan Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) bagi membantu serta melibatkan diri dengan ahli-ahli persatuan bagi memajukan diri serta menggalak rantaian melalui aktiviti yang dianjurkan.

Selesai ceramah tersebut , turut diadakan sesi Forum serta berkongsi kerjaya dari seorang alumni yang juga bekas pelajar IKBN Kuala Perlis iaitu saudara Mohd Amirul Asyar Bin Abdul Mokhtar. Beliau merupakan pelajar jurusan Pelukis Plan Seni bina tahun 2016 dan telahpun berkerja sendiri dengan menubuhkan syarikat sendiri di Langkawi. Sesi forum tersebut di hoskan oleh Tuan Pengerusi Alumni.

Turut bersambung seterusnya sesi ke 3 melibatkan ceramah dari usahawan berjaya yang dijemput khas dari Koperasi Usahawan Islam yang disampaikan oleh En Muhamad Puat Bin Maznan dari Otai Francais Sdn Bhd. Beliau merupakan Usahawan perniagaan Burger. Sesi seterusnya berlangsung selepas waktu makan tengah hari, pada pukul 2.30 petang.Taklimat Kerjaya Dan Pendaftaran Job Malaysia yang disampaikan oleh Puan Yuszatunaim Bt Yusof (Pen. Pengarah Tenaga Kerja Kanan) daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis. Beliau berkongsi tentang “Cara Penyediaan Kertas Resume“. Banyak tips dan maklumat penting yang telah dikongsi oleh beliau dalam penyediaan kertas resume yang menarik. Di samping itu, pelajar juga dapat melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk menghadapi dunia luar yang lebih  mencabar kelak serta panduan bagaimana cara menghadiri temu duga.

Hari Gerbang Kerjaya ini mendapat sambutan dari semua pelajar serta pegawai-pegawai. Turut diadakan memperkenalkan pasukan jurumudi perahu panjang yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 pada pertandingan Perahu panjang di Pesta Air Negeri Perlis pada 20 Oktober lepas.

Diharap Program Hari Gerbang Kerjaya IKBN Kuala Perlis 2018 yang telah berlangsung ini dapat memberi pelbagai ilmu pendidikan kerjaya dan jelas tentang matlamat hidup para pelajar serta berjaya dalam bidang kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang. diharap agar   pelajar dapat membuat perancangan awal dalam memperoleh kerjaya yang diidamkan. Sesungguhnya, pelajar yang hebat ialah pelajar yang berwawasan dan bijak dalam merancang masa depan. Oleh itu, kita hendaklah membuka mata tentang kerjaya yang ingin ceburi kelak.

Read 3519 times
 
Find us on Facebook
Follow Us