Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 November 2018 15:25

PROGRAM “JIWA MURNI” DI PUSAT TAHFIZ

Written by

 

 

PROGRAM “JIWA MURNI” DI PUSAT TAHFIZ

 

 

KOTA BELUD ; Tidak sampai dua minggu selepas pihak pengurusan tahfiz memohon bantuan IKBN Kinarut, hari ini kerja-kerja pendawaian elektrik Pusat Pendidikan Islam Fil Dzilalil Quran telah berjaya disempurnakan oleh Team Elektrik IKBN Kinarut.

 

Projek ‘ Jiwa Murni ‘ selama tiga hari ini telah diketuai oleh pengajar Encik Jais Jalun dan dibantu oleh 9 orang pelajar daripada jurusan pendawaian elektrik PW4.

 

“ Pada mulanya kami mensasarkan kerja-kerja pendawaian bangunan seluas 60X80 kaki yang mengandungi 7 bilik dan satu tandas besar siap dalam masa lima hari tetapi pelajar-pelajar saya dapat menyiapkan kerja-kerja pendawaian cuma dalam masa 3 hari saja,” kata Encik Jais.

 

Beliau berbangga pelajar-pelajar beliau dapat mengalas tugas yang diberikan, apa yang boleh mempercepatkan kerja-kerja pendawaian ialah pelajar-pelajar saya bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam tanpa henti, tambah beliau lagi.

 

Selain daripada tenaga kepakaran pihak IKBN juga menanggung bahan-bahan peralatan melalui sumbangan semua staf dan koperasi IKBN Kinarut.

 

Ini adalah sumbangan kali ke-3 pihak IKBN keatas pusat tahfiz ini yang buat masa sekarang mempunyai 22 orang pelajar dimana ada pelajar daripada pusat tahfiz ini yang sudah belajar di Mesir dan Indonesia untuk melanjutkan pengajian mereka.

Last modified on Khamis, 08 November 2018 15:44
 
Find us on Facebook
Follow Us