Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 November 2018 15:57

IKTBN BACHOK TERUS CEMERLANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

masak

Bachok, 08 November 2018Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pelajar dari jurusan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan) yang berjaya menjadi johan dan naib johan di pertandingan masakan anjuran Giat Mara Negeri Kelantan.

Pertandingan ini diadakan sempena program Mini Karnival Usahawan Giat Mara Nilam Puri 2018 yang bermula pada 30 hingga 31 Oktober 2018.Acara pertandingan memasak telah berlangsung pada pagi 31 Oktober 2018 yang disertai oleh pelajar-pelajar dari giat mara dan agensi latihan kemahiran yang menawarkan program hospitaliti. Bagi peratndingan ini IKTBN Bachok telah menghantar 2 orang peserta di mana keduanya telah berjaya mengharumkan nama Institut apabila berjaya menjadi Johan dan naib Johan di pertandingan tersebut.

Pihak Pengurusan Tertinggi IKTBN Bachok mengucapkan tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pelajar tersebut dan juga jurulatih En. Muhammad Adha Bin Yusof kerana berjaya membimbing pelajar tersebut sehingga berjayta memenangi pertandingan yang disertai.Semoga IKTBN Bachok akan meneruskan rentak kecemerlangan pada tahun ini. TAHNIAH.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin 

Read 307 times
 
Find us on Facebook
Follow Us