Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 November 2018 16:51

PROGRAM PENYELIAAN & TEAM BUILDING

Written by
Rate this item
(0 votes)

Team building roti

Ahad, 4 November 2018, Melaka - Jurusan Penyediaan Roti ,IKBN Peretak telah mengadakan Program Penyeliaan & Team Building yang dikendalikan oleh Puan Ros Azida Binti Jantan dan Encik Mohd Noor Al-Fahizam Bin Berahim, bertempat di Bayou Lagoon Resort, Bukit Katil, Melaka.

Program ini dihadiri seramai 22 orang pelajar dari tahap 3 semester 3 jurusan Penyediaan Roti. Antara objektif utama program ini adalah bagi memenuhi keperluan NOSS Bakery Production yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi CoCu Bakery Administrative Function. Disamping itu program ini bertujuan mencambah pemikiran dan berkongsi idea bagi mewujudkan semangat berpasukan dikalangan pelajar dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi.

Diharap program ini sedikit sebanyak dapat melatih peserta mentadbir pekerja bawahan mengenai pembangunan kerjaya mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan keperluan pengeluaran. Peserta pula didapati lebih fokus semasa program ini berlangsung melalui aktiviti motivasi, kaunseling, perkongsian idea dan percambahan pemikiran antara peserta. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh : Puan Ros Azida Binti Jantan

Read 327 times
 
Find us on Facebook
Follow Us