Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 October 2018 17:02

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT JABATAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 2 OKTOBER – Unit Pengurusan Pelajar telah mengadakan Perlawanan Bola Tampar Peringkat Jabatan pada 2 Oktober 2018 jam 2.00 petang di Padang Bola Tampar, IKBN Seri Iskandar. Perlawanan ini dijalankan sempena aktiviti kokurikolum pelajar yang diadakan setiap minggu hari selasa petang.

Setiap jabatan telah menghantar wakil merangkumi semua jurusan yang dijalankan secara kalah mati. Perlawanan yang dijalankan di gelanggang bola tampar tersebut adalah salah satu aktiviti yang dimuatkan dalam jadual aktiviti pelajar.

Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pelajar yang mewakili jabatan dengan penuh semangat kesukanan serta mecungkil bakat bagi mewakili institut ke pertandingan luar.

Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan saling berinteraksi mesra antara satu sama lain.

Read 3955 times
 
Find us on Facebook
Follow Us