Print this page
Rabu, 24 October 2018 17:06

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DALAMAN IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 OKTOBER 2018 -Dewasa ini, industri nasyid semakin dilupakan golongan muda yang lebih gemar mengikut aliran muzik semasa. Justeru, bagi memastikan industri nasyid tidak berkubur begitu sahaja, Al Meswak Mu’min Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Nasyid Peringkat Dalaman telah diadakan pada 23 Oktober 2018 Jam 2.30 petang bertempat di Dewan DatoMaharajalela.

Tujuan utama penganjuran memberi edutainment iaitu hiburan dan pendidikan kepada peserta terlibat. Selain itu ianya juga memilih dan mencari kumpulan nasyid terbaik yang akan dicungkil dan diketengahkan ke peringkat seterusnya. Pertandingan ini merangkumi semua jurusan seramai 8 pasukan bagi mewakili kelas masing-masing. Pertandingan ini adalah anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar dan merupakan julung-julung kalinya mengadakan penganjuran sedemikian.

Juri pertandingan pihak penganjur menjemput dari kalangan pengajar dan staf yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi menilai kriteria yang dipertandingan. Bagi ketua juri pertandingan ini, En. A Raman Bin Musbah, pemilihan juara berdasarkan vokal solo dan gandingan suara berkumpulan yang harmoni.


Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Md. Isa Bin Ibrahim kepada kumpulan yang menang dan manakala kumpulan yang tidak berjaya jangan putus asa dan keceawa. Berusaha lagi di masa akan datang.

Read 3421 times
Find us on Facebook
Follow Us