Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 02 November 2018 18:10

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 2 NOVEMBER 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang Berhad telah diadakan bertempat di Auditorium Sri Baiduri, IKTBN Sepang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ts. Hairul Riduan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, IKTBN Sepang.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Kuala Langat/Banting, Pn. Nor Hafizah binti Yaakob. Melalui ucapannya, beliau melahirkan rasa kagumnya terhadap kerjasama di kalangan anggota Koperasi yang telah berjaya menjana keuntungan yang tinggi dengan usia penubuhan yang masih baru.

Terima kasih kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota Koperasi yang telah memberi sumbangan kepada Koperasi. Tahniah juga kepada barisan ALK lantikan baru, semoga dapat meneraju Koperasi ke arah yang lebih cemerlang

Read 4460 times Last modified on Jumaat, 09 November 2018 15:34
 
Find us on Facebook
Follow Us