Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 13 November 2018 15:50

LAWATAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 12 NOVEMBER 2018 - Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke IKTBN Sepang pada hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) komited dalam melaksanakan IR 4.0 @ILKBS dan akan mengambil beberapa tindakan antaranya menaiktaraf peralatan teknologi baru, meningkatkan kualiti tenaga pengajar, mempergiat kerjasama industri serta mengemaskini kurikulum dan silibus subjek yang berkaitan.

 

Bagi memastikan pelan tindakan IR 4.0 @ILKBS ini selari dengan IR 4.0 peringkat kebangsaan, KBS telah menubuhkan satu platform iaitu Jawatankuasa Pemikir/ Perencanaan Teknologi dan Persekitaran IR 4.0 di ILKBS dan turut melibatkan kerjasama beberapa pihak seperti MIMOS, MITI, EPU dan pelbagai lagi bagi memberi input perencanaannya.

 

Demikianlah antara isi ucaptama Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempena sesi lawatan dan pembentangan cadangan projek retrofit dan naiktaraf peralatan latihan berasaskan teknologi IR 4.0 di IKTBN Sepang. Turut hadir adalah Ketua Pengarah BPKB, YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof.

 

 

 

Read 5491 times Last modified on Jumaat, 16 November 2018 16:08
 
Find us on Facebook
Follow Us