Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 18 November 2018 16:51

TEMUDUGA PELAJAR BAGI AMBILAN JANUARI 2019

Written by
Rate this item
(1 Vote)

TEMUDUGA2019

Bachok, 18 November 2018– Pada 15 November 2018 yang lalu sesi temuduga bagi ambilan pelajar sambung tahap bagi pelajar-pelajar yang mempunyai SKM 2 dan 3 untuk ketahap seterusnya telah diadakan.

IKTBN Bachok telah dipilih oleh Pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) untuk menjadi salah satu pusat temuduga bagi Zon Pantai Timur. Seramai 10 orang calon telah hadir bagi temuduga mengikut bidang yang dipohon. Semua calon yang hadir adalah layak untuk ditemuduga setelah semakan dokumen dibuat.

Keputusan temuduga boleh disemak mulai (29 November 2018), bagi calon-calon yang berjaya tahniah diucapkan dan bagi calon-calon yang gagal bolehlah membuat rayuan. Sila layari laman web berikut untuk membuat semakan https://ekampus.kbs.gov.my/.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 4387 times
 
Find us on Facebook
Follow Us